Wednesday, November 10, 2010

Deskripsi Projek Inovasi Cooling Tower Obest 007

DISKRIPSI PROJEK REKACIPTA

PERTANDINGAN INOVATIF KARNIVAL MALAYSIA INOVATIF 2010 (MI2010) PERINGKAT ZON TENGAH

PENGENALAN

              Udara sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia di seluruh dunia. Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain, atau merosakkan alam sekitar, ke dalam dalam atmosfera. Contoh pencemar udara ialah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif. Apakah alternatif terbaik bagi memastikan udara di rumah dan bilik di pejabat anda? Udara yang masuk ke rumah kita mungkin tidak bersih, berbau tidak enak, panas dan berhabuk. Oleh itu terciptalah satu mesin memproses udara yang diberi nama Cooling Tower Obest 007 yang sesuai untuk kegunaan orang ramai, di mana produk rekacipta ini adalah dikhaskan untuk membersihkan udara dan dapat menyejukkan suhu bilik secara semulajadi. Setelah mendapat pandangan daripada orang beberapa orang guru, murid-murid dan ibu bapa di SK Putrajaya Presint 9(2) telah membantu proses rekabentuk dan spesifikasi produk Cooling Tower Obest 007.

              Cooling Tower Obest 007 adalah sebuah mini penyaman udara dan penyerap habuk yang menggunakan 4 buah kipas bersaiz 4 inchi x 4 inchi berkuasa 220/240VAC ( 50/60HZ, 0.11A, 21W),1 unit pam akuarium 220/240 VAC/50HZ dan penapis air (Top Filter).  . Pum air yang digunakan adalah berkuasa 30W dengan kebolehan menyedut air pada kedalaman maksimum 1.4 meter dan kemampuan mengepam air 1400 liter sejam. Cooling Tower Obest 007 digerakkan dengan menggunakan kuasa elektrik DC, 240volt. Semua komponen elektrik berfungsi serentak. 2 unit kipas dibahagian udara masuk akan menyedut udara masuk (in let) ke dalam Cooling Tower Obest 007 sementara pum air akan berperanan untuk mengitarkan air dari tangki bawah ke tangki penapisan air dan seterusnya air akan turun melalui 7 lapis perangkap habuk berbentuk zig-zack di dalam Cooling Tower Obest 007. Jadi udara berhabuk yang masuk  ke dalam Cooling Tower Obest 007 akan terperangkap pada lapaisan-lapisan perangkap habuk yang berada di dalam badan Cooling Tower Obest 007. Udara yang keluar dari kipas di bahagian udara keluar (out let) adalah bebas daripada habuk dan lebih nyaman, sejuk dan akan bau udara dengan haruman segar dapat dinikmati oleh pengguna

              Oleh itu dengan terhasilnya Cooling Tower Obest 007 ini, ia dapat digunakan untuk semua jenis bilik dan rumah, penjimatan penggunaan kuasa elektrik dan bebas pencemaran. Cooling Tower Obest 007  juga merupakan sebuah produk mudah alih dimana ia mudah dibawa kemana saja dengan mudah. Dengan berat keseluruhan produk dalam lingkungan 25kg sudah pasti ia boleh diangkat oleh seorang lelaki dewasa dengan mudah.       

1.3  Objektif Projek

Terdapat tiga objektif utama dalam usaha menghasilkan Cooling Tower Obest 007 iaitu ;

1.3.1   Memudahkan kerja.

                Terdapat empat cara bagi memudahkan kerja seperti:-

·  Cooling Tower Obest 007 ini dibuat adalah untuk membersihkan udara daripada persekitaran udara yang berhabuk, menyamankan udara dan mengharumkan bau udara yang kurang enak.

·  Menjimatkan masa suri rumah tangga / pekerja membersihkan habuk di rumah / ruang pejabat.

·  Menjimatkan tenaga fizikal pengguna dan tidak memudaratkan pengguna.

·  Mudah digunakan di mana-mana bahagian bilis / ruang.

·  Mudah untuk di selenggarakan dan menjimatkan kos.

·  Mudah untuk dibawa kerana ia tidak terlalu berat.

         1.3.2  Mengurangkan kos.

                    Terdapat  tiga jenis pengurangan kos iaitu:-

  • Penghasilan Cooling Tower Obest 007 yang menggunakan kos yan rendah.
  • Komponen yang digunakan adalah buatan tempatan dengan ini dapat  dibeli dengan  harga yang lebih murah.
  • Penghasilan Cooling Tower Obest 007 yang tidak perlu mengambi masa  yang          panjang.

 

1.3.3  Memperkenalkan satu pembaharuan.

Terdapat tiga jenis  pembaharuan dalam menghasilkan Cooling Tower Obest 007  ini iaitu:

  • Pembaharuan dari segi rekabentuk dan menggunakan kitaran air secara semulajadinya akan membersih habuk dan mampu sejukkan udara.
  • Pembaharuan kepada orang ramai mengenai penggunaan air  yang dapat memberi kesan yang baik dan tiada kesan pencemaran seperti penggunaan alat penghawa dingan sedia ada.
  • Kerangka Cooling Tower Obest 007 mudah dibawa serta disimpan.
  • Menghasilkan sebuah Cooling Tower Obest 007 hasil daripada gabungan di antara kipas, pam air dengan penapis air (Top Filter).

1.4    Skop Projek

           Skop atau sasaran utama projek ini adalah seperti berikut :

  • Untuk menghasilkan satu fasiliti yang dapat membantu orang ramai  memelihara kawasan rumah dan bilik daripada cepat berhabuk, menyamankan udara dan menjadikan udara berbau wangi
  • Pendedahan awal kepada guru bagi membina dan menghasilkan satu   projek.
  • Mengaplikasikan segala ilmu pengetahuan kemahiran hudup dan sains yang telah di pelajari oleh murid dalam bentuk praktikal atau kerja amali.
  • Untuk kegunaan ujikaji dan perkembangan produk yang lebih baik di masa akan datang.
  • Penyertaan Pertandingan Inovasi dan Kreativiti Pendidikan Putrajaya 2010.

1.5    Penyataan Masalah

Hasil daripada kajian yang telah dijalankan pada kawasan penduduk di sekitar Presint 9. Putrajaya khususnya dikalangan suri rumahtangga dan pembantu rumah telah dapat dikenal pasti :-

·  Banyak masa yang diperlukan untuk ke membersih rumah daripada habuk.

·  Bau udara yang kurang menyenangkan.

·  Udara dari luar rumah yang agak panas.

1.6        Potensi Kormesial dan Daya Inisiatif

Sebelum perlaksanaan sesuatu projek dipersetujui, saya telah mengenalpasti terlebih dahulu potensi komersial dan daya inventif yang diperolehi daripada projek saya iaitu Cooling Tower Obest 007 agar dapat diterima dengan meluas dipasaran.

Selain daripada itu, komponen-komponen yang digunakan pada bahagian Cooling Tower Obest 007 ini adalah mudah didapati di kedai-kedai barangan elektrik dan elektronik. Oleh sebab itu, para pembeli tidak perlulah risau untuk mendapatkan alat ganti sekiranya berlaku kerosakkan. Maka segala proses penyelenggaraan dapat dilakukan tanpa sebarang masalah.

Dari segi daya inventif, produk ini mampu melakukan operasi dengan sistematik. Sekiranya penggunaan produk terdahulu ada yang memberikan kesan pencemaran alam sekitar. Contohnya penggunaan penghawa dingin di pejabat-pejabat dan di rumah-rumah telah memberikan kesan negetif kepada alam sekitar dengan pembebasan gas CFC yang memusnahkan lapisan ozon bumi. Dengan adanya Cooling Tower Obest 007 ini, maka masalah pencemaran dan pemusnahan lapisan ozon dapat dikurangkan.

 

1.7       Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya Cooling Tower Obest 007 ini  mempunyai potensi yang amat besar untuk diperluaskan lagi dipasaran dalam bidang teknologi pada masa akan datang. Penggunaan yang meluas pada era globalisasi dalam produk kegunaaan rumah dan pejabat akan dapat membantu mengembangkan lagi penggunaan produk ini dimasa akan datang.



39 comments:

  1. Projek inovasi yang bagus, syabas...

    ReplyDelete
  2. bleh x sentkan lebh detail dkt email sya..nuramirahj@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. salam..bleh emailkan saya detail tentang projek ni..mhuroling979@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Salam , boleh email detail projek dan caranya , azreen129500@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Salam , boleh email detail projek dan caranya,redzuanbelalang@gmail.com

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. boleh tolong emailkan detail ? bunkermithe@gmail.com

    ReplyDelete
  8. assalmualaikum, maaf boleh saye nak tahu lebih detail tentang inovasi ni..berapa ye cost yg sebenar diperlukan untuk membuat product ni?.ni email saya hudasuaip@gmail.com.terima kasih ye..

    ReplyDelete
  9. lagi 1 saya nak tahu..bagaimana ye die operate?seperti yang diterangkan diatas,pum air akan berperanan untuk mengitarkan air dari tangki bawah ke tangki penapisan air dan seterusnya air akan turun melalui 7 lapis perangkap habuk berbentuk zig-zack di dalam Cooling Tower Obest 007. soalan saya..bagaimana ya air dari tangki bawah ke tangki penapisan?

    ReplyDelete
  10. emailkan lebih detail boleh... tq

    abdulhadith97@gmail.com

    ReplyDelete
  11. mohon detail
    khairil.adzhar39@gmail.com

    ReplyDelete
  12. mohon detail
    khairil.adzhar39@gmail.com

    ReplyDelete
  13. mohon detail ariszaidaris@gmail.com

    ReplyDelete
  14. mohon detail ariszaidaris@gmail.com

    ReplyDelete
  15. boleh sy dpt detail bagaimana nak buat cikgu sham? ni email sy kausar.nordin96@gmail.com

    ReplyDelete
  16. Salam bang. Boleh bagi detail tak pasal projek ni. Ni email sya fahminorzeri@gmail.com. thank you

    ReplyDelete
  17. Salam bang. Boleh bagi detail tak pasal projek ni. Ni email sya fahminorzeri@gmail.com. thank you

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum. Projek menarik. Dengan penuh hormat sy ingin detail2 projek ini untuk dikongsi bersama. Boleh email ke sy cara2 projek ini? Semoga dipermudahkan.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum. Syabas, projek yang menarik. Boleh saya tahu secara mendalam tentang projek ni? Ini email saya, amirasyafiqa.ppu@gmail.com
    Kerjasama tuan amat kami hargai. Terima kasih.

    ReplyDelete
  20. asalamualaikum .projek yang bagus . boleh send dengan lebih detail tak ? ke email hpteleshop245@gmail.com

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum, puas saya cari projek untuk akhir tahun. Akhirnya saya jatuh hati dengan projek yang ni. Maaf mengnggu tetapi saya amat memerlukan sangat sangat projek ini dengan lebih detail lagi. Saya mohon untuk pihak tuan/puan memberi kerjasama kepada saya. Kalau kesempatan boleh send di email saya, nurazurabubakar97@gmail.com

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. projek yg mnarik. .ble send dngan lbih detail?kmi mnghrpkan krjasma dri pihak tuan/puan. .
    emailkan syamsul.ppu@gmail.com

    ReplyDelete
  24. Salam tuan boleh x tuan emailkan idea tuan yg bernas ke email sya sbb sya ad projek tahun akhir dibawah ni email sya ,(tawaf.ashroff96@gmail.com)

    ReplyDelete
  25. Salam tuan boleh x tuan emailkan idea tuan yg bernas ke email sya sbb sya ad projek tahun akhir dibawah ni email sya ,(tawaf.ashroff96@gmail.com)

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum tuan, saya berminat untuk mengetahui cara projek ini beroperasi dengan lebih jelas. Jika tuan sudi, tuan boleh hantarkan detail kepada saya melalui email ini - izzulamir89@yahoo.com

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum tuan,sy berminat dgn projek ni..boleh beri detail lnjut utk projek ni tak..kalau tak keberatan boleh email sy msyamimi50@gmail.com

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum tuan, saya berminat untuk mengetahui detail projek ini untuk projek tahun akhir saya nanti. Jika tuan tidak keberatan boleh tuan beri detail lanjut projek ini? Kalau tak keberatan boleh email saya shazreyshabari@icloud.con

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum tuan saya berminat untuk mengetahui dgn lebih lanjut tntg projek ini untuk rujukan projek tahun akhir saya... Kalau tuan tidak keberatan boleh email dkt sy haziqfikri028@gmail.com

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum tuan saya berminat untuk mengetahui dgn lebih lanjut tntg projek ini untuk rujukan projek tahun akhir saya... Kalau tuan tidak keberatan boleh email dkt sy
    kimialola98@gmail.com

    ReplyDelete
  31. Mohon detail yang lebih lagi.. please.

    ReplyDelete
  32. Minta yang lebih detail lagi boleh??
    Email sya , faisaljafriee1@gmail.com

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum tuan saya berminat untuk mengetahui dgn lebih lanjut tntg projek ini untuk rujukan projek tahun akhir saya... Kalau tuan tidak kebera

    ReplyDelete
  34. Bole antar detail project dekat email saya
    nursyamsina917@gmail.com

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum tuan . Sya rasa tertarik dgan projek ini . Saya ingin membuat untuk projek final saya.boleh lebih detail tak ke email sya. matyas9609@gmail.com

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum tuan/puan saya tertarik dan berminat dengan projek ciptaan tuan/puan dan saya ingin mengetahui lebih detail mengenali projek berkenalan. Boleh tak tuan/puan kongsi kan lebih teperinci di email saya hafizsalleh17@gmail.com

    ReplyDelete
  37. Saya berminat untuk tahu cara ia berfungsi. Boleh tuan kongsi kan lebih terperinci di email saya ainnurul2000@gmail.com

    ReplyDelete
  38. Saya berminat dengan projek ini.Boleh beritahu lebih terperinci lagi di email saya pelykathypiya2020@gmail.com
    Projek ini dapat membantu kami punya projek final

    ReplyDelete
  39. Assalamulaikum tuan, saya berminat dengan projek ini, boleh kongsikan lebih terperinci tentang projek ini , boleh email saya zaimumar99@gmail.com

    ReplyDelete