COOLING TOWER OBEST 007
Nama Kumpulan Inovasi: KAIZEN
Shamsul Mhd Sayuti (Ketua Projek)
Salamah Abd Wahid (P.Ketua Projek)
Roshatini Mohamad
Muhd Hilman Syamin
Muhd Zahrul Harith
DISKRIPSI PROJEK REKACIPTA
PERTANDINGAN INOVATIF KARNIVAL MALAYSIA INOVATIF 2010 (MI2010) PERINGKAT ZON TENGAH
PENGENALAN
Udara sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia di seluruh dunia. Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain, atau merosakkan alam sekitar, ke dalam dalam atmosfera. Contoh pencemar udara ialah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif. Apakah alternatif terbaik bagi memastikan udara di rumah dan bilik di pejabat anda? Udara yang masuk ke rumah kita mungkin tidak bersih, berbau tidak enak, panas dan berhabuk. Oleh itu terciptalah satu mesin memproses udara yang diberi nama Cooling Tower Obest 007 yang sesuai untuk kegunaan orang ramai, di mana produk rekacipta ini adalah dikhaskan untuk membersihkan udara dan dapat menyejukkan suhu bilik secara semulajadi. Setelah mendapat pandangan daripada orang beberapa orang guru, murid-murid dan ibu bapa di SK Putrajaya Presint 9(2) telah membantu proses rekabentuk dan spesifikasi produk Cooling Tower Obest 007.
Cooling Tower Obest 007 adalah sebuah mini penyaman udara dan penyerap habuk yang menggunakan 4 buah kipas bersaiz 4 inchi x 4 inchi berkuasa 220/240VAC ( 50/60HZ, 0.11A, 21W),1 unit pam akuarium 220/240 VAC/50HZ dan penapis air (Top Filter). . Pum air yang digunakan adalah berkuasa 30W dengan kebolehan menyedut air pada kedalaman maksimum 1.4 meter dan kemampuan mengepam air 1400 liter sejam. Cooling Tower Obest 007 digerakkan dengan menggunakan kuasa elektrik DC, 240volt. Semua komponen elektrik berfungsi serentak. 2 unit kipas dibahagian udara masuk akan menyedut udara masuk (in let) ke dalam Cooling Tower Obest 007 sementara pum air akan berperanan untuk mengitarkan air dari tangki bawah ke tangki penapisan air dan seterusnya air akan turun melalui 7 lapis perangkap habuk berbentuk zig-zack di dalam Cooling Tower Obest 007. Jadi udara berhabuk yang masuk ke dalam Cooling Tower Obest 007 akan terperangkap pada lapaisan-lapisan perangkap habuk yang berada di dalam badan Cooling Tower Obest 007. Udara yang keluar dari kipas di bahagian udara keluar (out let) adalah bebas daripada habuk dan lebih nyaman, sejuk dan akan bau udara dengan haruman segar dapat dinikmati oleh pengguna
Oleh itu dengan terhasilnya Cooling Tower Obest 007 ini, ia dapat digunakan untuk semua jenis bilik dan rumah, penjimatan penggunaan kuasa elektrik dan bebas pencemaran. Cooling Tower Obest 007 juga merupakan sebuah produk mudah alih dimana ia mudah dibawa kemana saja dengan mudah. Dengan berat keseluruhan produk dalam lingkungan 25kg sudah pasti ia boleh diangkat oleh seorang lelaki dewasa dengan mudah.
1.3 Objektif Projek
Terdapat tiga objektif utama dalam usaha menghasilkan Cooling Tower Obest 007 iaitu ;
1.3.1 Memudahkan kerja.
Terdapat empat cara bagi memudahkan kerja seperti:-
· Cooling Tower Obest 007 ini dibuat adalah untuk membersihkan udara daripada persekitaran udara yang berhabuk, menyamankan udara dan mengharumkan bau udara yang kurang enak.
· Menjimatkan masa suri rumah tangga / pekerja membersihkan habuk di rumah / ruang pejabat.
· Menjimatkan tenaga fizikal pengguna dan tidak memudaratkan pengguna.
· Mudah digunakan di mana-mana bahagian bilis / ruang.
· Mudah untuk di selenggarakan dan menjimatkan kos.
· Mudah untuk dibawa kerana ia tidak terlalu berat.
1.3.2 Mengurangkan kos.
Terdapat tiga jenis pengurangan kos iaitu:-
1.3.3 Memperkenalkan satu pembaharuan.
Terdapat tiga jenis pembaharuan dalam menghasilkan Cooling Tower Obest 007 ini iaitu:
1.4 Skop Projek
Skop atau sasaran utama projek ini adalah seperti berikut :
1.5 Penyataan Masalah
Hasil daripada kajian yang telah dijalankan pada kawasan penduduk di sekitar Presint 9. Putrajaya khususnya dikalangan suri rumahtangga dan pembantu rumah telah dapat dikenal pasti :-
· Banyak masa yang diperlukan untuk ke membersih rumah daripada habuk.
· Bau udara yang kurang menyenangkan.
· Udara dari luar rumah yang agak panas.
1.6 Potensi Kormesial dan Daya Inisiatif
Sebelum perlaksanaan sesuatu projek dipersetujui, saya telah mengenalpasti terlebih dahulu potensi komersial dan daya inventif yang diperolehi daripada projek saya iaitu Cooling Tower Obest 007 agar dapat diterima dengan meluas dipasaran.
Selain daripada itu, komponen-komponen yang digunakan pada bahagian Cooling Tower Obest 007 ini adalah mudah didapati di kedai-kedai barangan elektrik dan elektronik. Oleh sebab itu, para pembeli tidak perlulah risau untuk mendapatkan alat ganti sekiranya berlaku kerosakkan. Maka segala proses penyelenggaraan dapat dilakukan tanpa sebarang masalah.
Dari segi daya inventif, produk ini mampu melakukan operasi dengan sistematik. Sekiranya penggunaan produk terdahulu ada yang memberikan kesan pencemaran alam sekitar. Contohnya penggunaan penghawa dingin di pejabat-pejabat dan di rumah-rumah telah memberikan kesan negetif kepada alam sekitar dengan pembebasan gas CFC yang memusnahkan lapisan ozon bumi. Dengan adanya Cooling Tower Obest 007 ini, maka masalah pencemaran dan pemusnahan lapisan ozon dapat dikurangkan.
1.7 Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya Cooling Tower Obest 007 ini mempunyai potensi yang amat besar untuk diperluaskan lagi dipasaran dalam bidang teknologi pada masa akan datang. Penggunaan yang meluas pada era globalisasi dalam produk kegunaaan rumah dan pejabat akan dapat membantu mengembangkan lagi penggunaan produk ini dimasa akan datang.
PROSES KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK PRODUK INOVASI COOLING TOWER OBEST 007 dijalankan dengan penuh teliti bagi mengelakkan kejadian litar pintas kepada apabila produk siap untuk diuji nanti. Semua 4 unit kipas Cooling Tower dan 1 unit pam akuarium akan disambungkan secara pandawaian litar selari. Jadi bongkah penyambung perlu digunakan bagi tujuan tersebut. Suis bagi On dan Off Cooling Tower juga dipasangkan dalan litar pendawaian.